Laman Aromatik

Sinonim dengan namanya Laman Aromatik, pokok-pokok herba yang akan anda lihat di sini tentunya terkait dengan haruman dan wangian yang jarang ditemui di tempat anda. Tapak yang luas dan datar ini, sememangnya indah kerana terdapat ratusan pohon-pohon hijau, tinggi dan rendang yang pasti mengamit pandangan mata anda. 

Bersiar-siarlah di Laman Aromatik, kerana anda bukan sahaja dapat mengenali pokok-pokok herba yang mengeluarkan bauan yang harum dan dijadikan pewangi tetapi di kawasan ini juga di duduki pelbagai jenis spesis burung seperti Burung Pucung Keladi, Burau Serandau, Burung Pangling dan banyak lagi  yang membuatkan anda mahu mengintip, mengambil dan menyimpan gambar burung-burung tersebut.

Lokasinya di laluan utama dalam taman dan bersebelahan dengan Tapak Semaian dan Laman Warisan 1 menjadikan kawasan ini dijadikan ruang sewaan khas oleh pihak Taman Herba untuk majlis keraian, perkahwinan dan sebagainya. Buatlah tempahan di kaunter pejabat sekiranya anda inginkan kelainan untuk mengadakan majlis perkahwinan di laman ini.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1