Laman Warisan 1

Pernahkah anda mendengar atau melihat pokok-pokok herba yang jarang di temui tetapi banyak khasiat dan kegunaannya? Contohnya pokok Akar Wangi, Bunga Ekor Kucing, Capa Merah, Embun Tengahari, Ervalanata, Ganda Suli, Ganyung Hijau, Janggut Adam dan lain-lain. Jika belum pernah, anda disarankan masuk ke Laman Warisan 1 di Taman Herba Negeri Perak.

Laman Warisan 1 yang terletak di bahagian timur laut Taman Herba ini mempunyai ratusan lebih pelbagai jenis pokok herba yang sentiasa dijaga dan dipelihara rapi setiap hari. Dijadikan tapak warisan herba untuk dipertahankan khazanah herba alam Melayu ciptaan Nya, disini anda dapat meneroka pelbagai reka bentuk, corak dan warna pokok herba yang jarang dilihat apatalagi disentuh. Sekiranya anda penyelidik, peminat atau pencari pokok herba, laman ini adalah tempat yang terbaik untuk anda menambah koleksi keilmuan dan pengetahuan tentang alam herba.  

Dihadapan laman ini ada sebuah kolam besar yang dijadikan kawasan si pemancing ikan dan disekitar kawasan ini juga turut ditumbuhi dengan pokok buluh hijau yang rendang. Curilah masa dan ruang anda di sini kerana tempat ini sangat sesuai untuk merehatkan badan, mata dan minda buat seketika sambil menghayati pemandangan flora disekelilingnya.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1