Herbal Trekking

Sekiranya anda ingin melawat, mendekati dan meneroka alam semula jadi secara peribadi mahupun berkumpulan, Taman Herba Negeri Perak menyediakan satu aturcara trekking khas menarik yang akan membawa anda mengembara ke dunia kecil herba di sini. Fokuskan pendengaran, penglihatan dan jiwa anda , pastinya anda akan merasakan satu sentuhan dari alam yang mungkin tidak pernah anda rasakan sebelum ini.

Herbal Trekking (Trek 1) | Jangka Perjalanan : ½ -1 jam

A. Tiang Bendera - Herbal Trekking bermula di sini. Anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas oleh krew taman sebelum anda memulakan langkah ke titik seterusnya

B. Monumen Diraja - Mengimbau sejarah awal Taman Herba, lokasi ini memberikan anda peluang untuk mengambil gambar kenangan di Monumen Diraja dan sekitarnya yang mempunyai landskap dan pemandangan yang indah

C. Laman Warisan 1 - Mulakan penerokaan pokok herba di Laman Warisan 1 kerana terdapat pelbagai jenis pokok herba yang dipelihara dan dijaga rapi setiap hari. Kenali lebih dekat dengan mengimbas papan QR untuk mengetahui khasiat dan kegunaan pokok herba yang menyimpan 1001 penawar segala penyakit.

D. Laman Kosmetik - Lakukan aktiviti dengan menyenaraikan seberapa banyak pokok herba di Laman Kosmetik yang digunakan di dalam alat kosmetik yang terdapat di pasaran hari ini. Berapa banyakkah produk kecantikkan dan penjagaan badan yang  telah anda gunakan adalah dari bahan asas semula jadi?

E. Laman Warisan 3 - Seperti di Laman Warisan 1, anda boleh mengambil gambar dan membaca setiap khasiat dan kegunaan pokok herba yang terdapat di situ. Anda boleh melalui laluan khas yang disediakan oleh pihak taman untuk memudahkan pergerakkan anda.

F. Laman Aromatik - Jadilah orang yang terawal meneroka di Laman Aromatik. Di samping anda mengenalpasti pokok-pokok herba yang digunakan untuk produk wangian, anda juga boleh melakukan aktiviti mengambil dan mengumpul gambar burung-burung taman yang jarang ditemui di luar.

G. Laman Warisan 2 -Rehatkan jiwa dan minda anda. Lakukan aktiviti santai dengan berjalan melalui trek khas di dalam Laman Warisan 2 untuk anda menikmati kehijauan, kecantikkan dan keunikkan pokok herba di laman ini.

H. Tapak Semaian - Pilih, ambil dan bayar pokok herba yang anda gemari. Tapak semaian memberikan perkhidmatan kepada anda dengan memilih sendiri pokok herba yang segar dengan harga yang berpatutan.

I. Kiosk Herba - Perjalanan Herbal Trekking anda berakhir disini. Sebelum pulang, singgahlah ke Kiosk Herba kami yang menjual pelbagai produk herba dan cenderahati menarik sebagai tanda kenang-kenangan di Taman Herba Negeri Perak. Terbaik untuk anda!

 

Herbal Trekking (Trek 2) | Jangka Perjalanan :1 -2 jam

A. Tiang Bendera - Herbal Trekking bermula di sini. Anda akan diberikan sedikit taklimat ringkas oleh krew taman sebelum anda memulakan langkah ke titik seterusnya

B. Monumen Diraja - Mengimbau sejarah awal Taman Herba, lokasi ini memberikan anda peluang untuk mengambil gambar kenangan di Monumen Diraja dan sekitarnya yang mempunyai landskap dan pemandangan yang indah

C. Laman Ulaman - Anda sedang berada di taman yang indah dan permai. Sambil mengambil gambar pemandangan indah di sekitarnya, anda digalakkan merakam pelbagai jenis pokok herba ulaman yang terdapat di laman ini. Sekiranya anda minat memancing, sila bawa joran kerana bersebelahan laman ini terdapat sebuah kolam yang disediakan untuk anda memancing. 

D. Laman Perubatan - Setibanya anda ke Laman Perubatan, anda disarankan membawa alatan melukis dan mewarna. Selain terdapat pelbagai pokok herba perubatan untuk anda pelajari, lokasinya yang terletak di kawasan yang agak tinggi ini sememangnya sesuai untuk anda melukis pemandangan  taman herba yang indah.

E. Laman Refleksologi - Lakukan aktiviti berjalan di atas batu yang disusun mengelilingi kolam air pancut. Laman refleksologi menyediakan ruang kesihatan untuk anda sambil menghirup udara segar di tepi kolam yang luas. Anda juga boleh melakukan senaman ringan dan santai bagi mendapatkan kembali kecergasan badan setelah jauh berjalan.

F. Laman Warisan 2 - Rehatkan jiwa dan minda anda. Lakukan aktiviti santai dengan berjalan melalui trek khas di dalam Laman Warisan 2 untuk anda menikmati kehijauan, kecantikkan dan keunikkan pokok herba di laman ini.

G. Laman Aromatik - Jadilah orang yang terawal meneroka di Laman Aromatik. Di samping mengenalpasti pokok-pokok herba yang digunakan untuk produk wangian, anda juga boleh melakukan aktiviti mengambil dan mengumpul gambar burung-burung di taman yang jarang ditemui di luar.

H. Laman Semaian - Pilih, ambil dan bayar pokok herba yang anda gemari. Tapak semaian memberikan perkhidmatan kepada anda untuk memilih sendiri pokok herba segar dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh melihat secara langsung bagaimana pekerja-pekerja taman menanam, menyemai dan menjaga pokok-pokok herba di Laman Semaian.

I. Kiosk Herba - Perjalanan Herbal Trekking anda berakhir disini. Sebelum pulang, singgahlah ke Kiosk Herba kami yang menjual pelbagai produk herba dan cenderahati menarik sebagai tanda kenang-kenangan di Taman Herba Negeri Perak. Terbaik untuk anda!  

Kongsikan pengalaman anda semasa berada di Taman Herba Negeri Perak bersama kami; sertakan butiran peribadi, alamat anda serta hantarkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Dapatkan cenderahati menarik dari Taman Herba Negeri Perak.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1