Belalai Gajah

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Daun Belalai Gajah/Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans ialah sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thai dan China. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila ditiup angin. Tumbuhan ini datang dari keluarga acanthaceae, boleh membiak melalui keratan batang. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis,pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi.

Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah ini telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Pokok herba belalai gajah adalah tidak sama dengan herba Hempedu bumi (Snake grass) atau Herba Sambung Nyawa (Gynura procumbens) kerana ianya memang berlainan. Hempedu bumi mempunyai rasa pahit dengan bunga berwarna putih sementara belalai gajah adalah rasa tawar dengan bunga merah muda. Selain boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak, herba ini juga ditanam secara komersial dibeberapa negeri terutama disekitar Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Belalai Gajah merupakan sebahagian warisan budaya Melayu memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional:

Lempoyang Hitam

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Lempoyang hitam  biasanya tumbuh liar dikawasan semak samun. Ianya dari jenis keluarga halia dan juga biasa dipanggil halia hutan/liar.Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan.Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah dan tercacak seperti bunga kantan.Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun. Antara khasiat Lempoyang Hitam ini adalah untuk membersihkan kulit muka dengan cara isi lempoyang sepanjang ruas ibu jari dibersihkan dan diparut. Ianya kemudian direbus bersama air, ditapis dan diminum airnya untuk mencantikkan kulit. Airnya boleh juga dicampur gula batu atau madu. Selain itu isi lempoyang juga boleh digunakan untuk menambah selera makan.

Zingiber Ottensini

Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia syampo, merupakan pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat Taman Herba Negeri Perak dan dikebanyakan negara tropika.

Dukung Anak

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Herba ini merupakan salah satu daripada penawar yang baik untuk melegakan sakit badan, membantu tubuh melawan demam sejuk, menghapuskan batu karang dan mampu menyembuhkan penyakit hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Dukung Anak adakalanya tumbuh dan hidup di celah-celah pokok berpasu di halaman rumah dan mampu membesar dengan mencapai ketinggian 40 sentimeter. Lebih menarik, herba ini tidak bertoksik dan boleh digunakan bersama dengan herba lain bagi membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari serangan penyakit.

Phyllanthus Niruri atau P.amarus

Dukung Anak adalah pokok herba tempatan dan dapat juga ditemui Taman Herba Negeri Perak di serata hutan hujan basah Asia dan Amerika Selatan.Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat Indonesia, tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Ianya  tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras,seperti di celah retakan simen. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak.

Antara kegunaan perubatan Dukung Anak adalah:

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1