Asam Batu

Asam Batu merupakan tumbuhan yang unik kerana mempunyai warna dan corak daun yang amat cantik. Pokok Asam Batu perlu diletakkan ditempat yang redup dan tidak terlalu terdedah dengan cahaya matahari dan mempunyai perlu tanah yang lembap serta baik salirannya. Tumbuhan ini sering dijadikan sebagai perhiasan di kawasan taman kerana ianya sejenis tumbuhan yang berbunga. Daunnya berbentuk hati , bersimetri dan mempunyai bulu bulu halus di permukaan daun tersebut. Tambahan pula, spesis yang boleh dibiakkan secara keratan batang ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 12 kaki.

Begonia sp. Begoniaceae

Begonia atau Pokok Asam Batu merupakan keluarga kepada Begoniaceae. Ia berasal dari Amerika Selatan. Ada beberapa jenis begonia dan antara yang popular adalah Begonia rex kerana daunnya yang sangat menarik. Terdapat lebih kurang 15000 spesis bunga begonia. Pokok ini mempunyai kegunaan dan khasiat yang tinggi dalam rawatan tradisional melayu.

Antara kegunaan Asam Batu dalam perubatan tradisional ialah:

  • Asam batu boleh dijadikan ubat bagi menurunkan tekanan darah tinggi disamping melancarkan sistem penghadaman.
  • Ia boleh digunakan untuk mengubati luka kecil dengan menumbuk daun Asam Batu sehingga lumat dan letak pada luka.
  • Dengan meminum air rebusan keseluruhan pokok, ia dipercayai dapat menurunkan panas badan akibat demam.

Artikel berkaitan dengan Asam Batu

+ http://adrydaud.blogspot.my/2011/03/asam-batu.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1