Balung Ayam

Balung Ayam dipercayai berasal dari Brazil. Ia dikategorikan sebagai pokok hiasan kerana mempunyai bentuk bunga yang cantik dimana bunganya menyerupai 'Balung Ayam Jantan' dari segi struktur dan warnanya. Daunnya yang lembut dan berkelok memudahkan ia dikenali walaupun belum lagi berbunga. 

Tumbuhan ini boleh dibiakkan melalui biji benih yang disemai dikawasan teduh. Bunga Balung Ayam mampu tumbuh menegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 1.2 meter dari paras tanah. Ia berbatang licin manakala daunnya yang berbentuk bujur dan tersusun bertentangan (opposite).

Celosia argentea.

Celosia argentea berasal dari keluarga Amaranthaceae. Perkataan 'Celosia' dipercayai berasal daripada perkataan Greek iaitu 'kelos' dimana ia memberi makna sebagai 'terbakar'. Ini adalah kerana ia berkait rapat dengan warna bunga Balung Ayam yang kelihatan seperti api yang sedang terbakar.

Berikut merupakan antara kaedah perubatan tradisional menggunakan Balung Ayam:

  • Ranting pada pokok dipetik dan ditumbuk lumat untuk ditampal pada tempat yang mengalami kesakitan seperti bengkak, bisul, kudis, luka.
  • Minum air rebusan ranting dan bunga yang telah kering untuk merawat masalah batuk, cirit berdarah, buasir, penyakit keputihan.
  • Kemudian ambil keseluruhan pokok kemudian rebuskan ia ke dalam air bagi merawat jangkitan saluran kencing, darah haid keluar terlalu banyak, disenteri dan batuk.

Artikel berkaitan dengan Balung Ayam

+ http://animhosnan.blogspot.my/2016/03/bunga-balung-ayam-kenali-dia.html

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1