Bebuta

Tumbuhan ini merupakan salah satu tumbuhan tempatan yang terdapat di hutan Malaysia. Pada kebiasaannya pokok ini tumbuh secara liar di kawasan tepi sungai dan di kawasan paya bakau. Selain tumbuh secara meliar, Bebuta juga sesuai ditanam sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai warna daun yang menarik. Pokok ini boleh tumbuh mencecah ketinggian daripada 8 m hingga 20 m.

Disamping itu, herba ini mempunyai daun yang bersilang dan meruncing dihujung dan bundar dibahagian pangkal dan akan bertukar warna kepada merah dan kekuningan apabila matang. Walaupun begitu, getah daripada pokok Bebuta ini amat berbahaya kerana ia boleh sebabkan buta dan jika termasuk ke dalam makanan, pemakan boleh mengalami cirit birit. Tidak semua bahagian pokoknya beracun, pada bahagian akarnya kurang beracun jika dibandingkan dengan bahagian atas pokok.

Excoecaria agallocha

Bebuta atau nama saintifiknya Excoecaria agallocha bererti 'Membutakan' (dalam Latin), dan merujuk pada getah putih beracun genus ini. Nama lain bagi tumbuhan yang berasal dari keluarga Euphorbiaceae adalah betak-betak, buta-buta, gewa dan milky mangrove. Secara tradisionalnya, Bebuta digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit seperti:-

  • Keseluruhan pokok ini perlu ditumbuk lumat bersama halia dan dijadikan minyak bagi merawat masalah bengkak pada tangan dan kaki.

Artikel berkaitan dengan Bebuta

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Bebuta

+ https://wannura.wordpress.com/2010/02/23/bebuta-excoecaria-agallocha-linn/

+ http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/plant/excoecaria.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1