Butang Baju

Pokok Butang Baju adalah sejenis pokok herba yang berbatang lembut. Ianya tumbuh secara berumpun, dan bercabang selain memiliki batang yang bersegi. Tumbuhan berbatang lembut ini boleh tumbuh hingga mencapai ketinggian 1.5 m. Ciri-ciri yang membuatkan pokok Butang Baju unik adalah daunnya berbentuk bujur, bergerigi ditepi dan tirus dihujung daun.

Malah daunya juga mempunyai bulu yang halus dan berasa kesat apabila dipegang. Selain daunnya, terdapat bunga yang tumbuh di ketiak daun dan jambaknya berbentuk bulat, berwarna hijau semasa muda dan bertukar hitam apabila matang. Buahnya pula bersaiz kecil dan tersusun dalam gugusan yang berbentuk bulat.

Hyptis capitata

Hyptis capitata adalah nama saintifik bagi pokok Butang Baju yang berasal dari Florida, Mexico, Amerika Tengah, Hindia Barat, dan Asia Tenggara. Knobweed adalah nama gelaran lain bagi tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Lamiaceae. Dalam perubatan tradisional, Butang Baju mempunyai pelbagai kegunaan.

  • Ambil keseluruhan pokok kemudian tumbuk hingga lumat dan tampal ditempat yang mengalami luka.

Artikel berkaitan dengan Jarong

+ http://www.doktorpokok.com/2012/06/kenali-pokok-butang-baju.html

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Hyptis_capitata

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1