Daun Kari

Daun kari merupakan tumbuhan herba yang berasal dari negara India, Thailand, Indo-China dan Malaysia. Daun kari mempunyai pokok kecil, malar hijau dan boleh mencapai ketinggian 3-5 meter. Batangnya tidak begitu lurus, berdahan banyak dan bercabang-cabang, membentuk silara yang agak rimbun. Berdaun pinat, berukuran 10-35 panjang, terdiri daripada anak-anak daun yang berukuran 2.5-5 cm panjang, 0.5-2.5 cm lebar, asimetri, elips, runcing di hujungnya dan bergerigi halus.

Infloresennya berjambak-jambak dihujung dahan dan bunganya kecil berwarna putih. Buahnya beri, globus, berwarna hijau, bertukar kekuningan dan hitam bila masak. Khasiat atau kegunaan daun kari adalah merupakan penyedap rasa dan sering digunakan dalam masakan kari atau kuih-muih yang berperasa pedas. Pucuknya yang masih muda sering dibuat ulam dan dicicah dengan sambal. selain itu, daun kari mengandungi khasiat makanan yang tinggi terutama vitamin A.

Murraya Koenigii

Tumbuhan renek ini berasal dari keluarga Rutaceae dan dari spesies Murraya koeniggi, mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau.Pokok kari juga dikenali sebagai ‘kariveppilai’ dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun tidak ada hubungan dengan pokok neem.Pokok kari berkembang biak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah karena daunnya ia juga ditanam sebagai tanaman hias.

Sejak berzaman daun kari digunakan dalam kehidupan masyarakat di nagara ini terutamanya dalam perubatan tradisional.

  • Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
  • Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.
  • Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.

Artikel berkaitan dengan Daun Kari

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-pokok-kari.html

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=78&cat=HERBA

+ http://makanananda.blogspot.my/2014/08/khasiat-daun-kari.html