Dedalu Cina

Dedalu cina adalah sejenis tumbuhan liar yang mudah dikenali di Malaysia. Ia sering tumbuh liar di pinggir saluran air atau sungai, pematang sawah, sekitar pagar dan tempat-tempat lain yang lembab dan terbuka. Ukuran ketinggian bagi pokok Dedalu Cina adalah 60 cm dari pangkalnya. Tumbuhan ini memiliki bunga tunggal dimana ia keluar dari ketiak daun dan bertangkai panjang selain memiliki kelopak bunga berbentuk bintang berwarna putih. 

Dedalu Cina mempunyai buah berbentuk lonceng kemudian merekah menjadi dua ruang, selain mengeluarkan biji dengan banyak. Pembiakkan pokok Dedalu Cina adalah melalui biji benih, keratan batang mahupun pecahan rumpun. Namun, perhatian yang lebih perlu diberikan apabila mana-mana bahagian tumbuhan ini dipatahkan kerana ia akan menghasilkan getah berwarna putih beracun yang akan merengsakan kulit. 

Laurentia longiflora.

Laurentia longiflora adalah atau Dedalu Cina berasal daripada keluarga campanulaceae. Ia merupakan tumbuhan asal dari hutan tropika Amerika Tengah namun ianya boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak. Selain Laurentia longiflora, ia juga boleh dikenali dengan nama Isotoma longiflora, Lidah Payau, Ki Tolod, Daun Tolod, Kendali, sangkobak, cantingan, kitombe, kuweung, bunga bintang, Star of Bethlehem (English), Dedalu Cina, Madam Fate. Berikut merupakan khasiat bagi Dedalu Cina melalui perubatan tradisional:-

  • Masalah penyakit kencing manis boleh dirawat dengan meminum air rebusan daun Dedalu Cina.

Artikel berkaitan dengan Dedalu Cina

+ http://serisubuh.blogspot.my/2009/07/tangkal-ular.html

+ http://asianplant.net/Campanulaceae/Hippobroma_longiflora.htm

+ http://www.flowersofindia.net/catalog/slides/Star%20of%20Bethlehem.html

+ https://wannura.wordpress.com/2010/03/11/lidah-payau-laurentia-longiflora-untuk-merawat-lelah/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1