Ganyung Merah

Ganyung Merah merupakan tumbuhan yang mempunyai pelepah yang besar, mirip seperti pokok mempisang. Daunnya berbentuk elip memanjang dengan bahagian pangkal daun dan hujungnya agak runcing. Tumbuhan ini mempunyai daun yang panjangnya mencapai 15 cm hingga 60 cm, sedangkan lebarnya pula adalah di antara 7 cm hingga 20 cm. Bahagian batangnya di tengah terdapat tulang daun yang lebih besar dan tebal.

Tumbuhannya menarik kerana mempunyai warna batang, daun dan pelepahnya berwarna merah atau ungu. Ia mempunyai ketinggian di antara 0.9 m hingga 1.8 m. Ketahanan terhadap kekeringan dan cahaya matahari penuh merupakan salah satu aset penting bagi tumbuhan ini. Ia merupakan tumbuhan herba yang dimakan sebagai sayuran, dan kadang-kadang digunakan sebagai pencuci mulut. 

Canna Edulis.

Canna Edulis adalah nama saintifik bagi tumbuhan Ganyung Merah merupakan tumbuhan yang berasal daripada keluarga Cannaceae. Pokok herba dari Cannaceae ini boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak dan umumnya terdapat hampir di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Ganyung Merah digunakan khususnya dalam bidang perubatan antaranya:

  • Keseluruhan Pokok Ganyung Merah sering direbus dan digunakan untuk mandian wanita selepas bersalin.
  • Terdapat dua cara yang boleh digunakan bagi merawat masalah kudis menggunakan Ganyung Merah iaitu, melalui air rebusan keseluruhan pokok manakala ubinya pula digunakan bagi merawat kudis.

Artikel berkaitan dengan Ganyung Merah

+ http://mylittleworldshinta.blogspot.my/2012/05/ganyong-canna-edulis.html

+ http://anahedjo.blogspot.my/2012/05/budidaya-tanaman-ganyong-canna-edulis.html

+ http://agroteknologi.web.id/klasifikasi-dan-morfologi-tanaman-ganyong/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1