Hanyir Ikan

Tumbuhan yang mempunyai daun berbentuk hati ini adalah herba menjalar yang mempunyai aroma seakan-akan lemon, cendana, ketumbar atau ikan mentah. Ia adalah tumbuhan yang mampu membesar antara 20 cm hingga 80 cm. Tumbuhan Hanyir Ikan memiliki daun berbentuk seperti hati dan berukuran antara 4 cm hingga 9 cm panjangnya dan antara 3 cm hingga 8 cm kelebaran daun tersebut. Apabila daunnya dihancurkan akan menghasilkan bau hanyir ikan yang memualkan.

Walaupun begitu, daunnya sering digunakan di dalam dalam perubatan tradisional. Malah ia merupakan salah satu tonik herba popular di Jepun dan digunakan sebagai teh tonik. Selain tonik, ia turut diambil sebagai ulam/salad atau dijadikan chutney bersama ikan kering, cili, dan asam jawa. Selain daunnya, bunga Hanyir Ikan turut tumbuh pada musim panas dan berwarna kuning kehijauan.

Houttuynia cordata thun.

Houttuynia cordata turut dikenali sebagai Hanyir ikan, Toningkok, Lizard Tail, Chameleon plant, Heartleaf, Fishwort, dan Bishop's Weed. Saururaceae adalah keluarga bagi herba Hanyir Ikan dimana tumbuhan ini mudah membiak di kawasan yang teduh dan lembap. Berikut merupakan kegunaan herba Hanyir Ikan dalam perubatan tradisional.

  • Penyakit ‘sars’ boleh di rawat dengan minum air rebusan daun.
  • Ia dapat menghalang serangan serangga pada pokok-pokok herba dengan menghancurkan daun kemudian campurkan air dan sembur ia pada pokok.

Artikel berkaitan dengan Hanyir Ikan

+ http://serisubuh.com/v1/

+ https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3931198/

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Houttuynia_cordata

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1