Jari Lipan

Pokok Jari Lipan adalah sejenis pokok yang unik kerana susunan daunnya yang menyerupai lipan. Dipercayai, terdapat pelbagai warna yang pada pokok ini antaranya warna hijau tua selain mempunyai daun yang agak besar. Pergantungan kepada pendedahan pokok ini dengan cahaya membuatkan warnanya sering berselang diantara warna merah jambu dan merah. 

Ia amat sesuai dijadikan tanaman hiasan, kerana tidak memerlukan penjagaan rapi. Hanya perlu menyiram sesekali untuk bertahan lama. Tumbuhan ini mampu mencapai ketinggian sekitar 0.4 m hingga 3 m tinggi dan 40 cm hingga 60 cm lebar. Seperti yang dapat dilihat tumbuhan ini berbentuk zig zag ini membentuk seakan-akan jalinan. Bunganya pula amat cantik kerana berbentuk seperti burung dengan warnanya berwarna merah terang. Disamping itu, tumbuhan ini boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Pedilanthus tithymaloides.

Antara nama lain yang popular bagi pokok Jari Lipan dipanggil Devil's Backbone. Tumbuhan herba yang renek ini murupakan keluarga bagi Euphorbiaceae berasal daripada Amerika Tengah. Berikut merupakan perubatan tradisional bagi tumbuhan Jari Lipan:-

  • Ambil lendir dari bahagian pokok dan sapu pada tempat yang terkena sengatan lipan dan kala jengking.
  • Manakala bagi masalah kudis dan ketuat boleh dirawat dengan menyapu getah dari pokok Jari Lipan.

Artikel berkaitan dengan Jari Lipan

+ http://jr-dlmfikiransilabu.blogspot.my/2011/06/pokok-lipan-perubatan-moden-vs.html

+ http://www.missouribotanicalgarden.org/PlantFinder/PlantFinderDetails.aspx?kempercode=b607

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1