Jarong

Jarong adalah tumbuhan yang memiliki batang yang bersegi empat berwarna hijau dan bercabang dibahagian bawah. Daun pada pokok Jarong bersifat tunggal dan mempunyai panjang daun diantara 1.5 cm hingga 10 cm.

Ciri fizikal yang menarik bagi tumbuhan Jarong dimana daun tersebut mempunyai rerambut halus pada permukaan daunnya. Malah, tumbuhan ini boleh tumbuh tinggi mencapai ketinggian 1 m hingga 2 m. Disamping itu juga, Jarong memiliki bunga yang cantik putih kehijauan yang tumbuh pad hujung tangkai membentuk seakan setandan bunga. Tumbuhan ini antara tumbuhan yang mengeluarkan biji dimana bijinya berwarna coklat kemerahan ketika matang.

Achyranthes aspera L.

Pokok Jarong atau nama saintifiknya Achyranthes aspera L. tergolong di dalam keluarga Amaranthaceae. 

Terdapat beberapa kegunaan Jarong di dalam perubatan tradisional:-

  • Bagi sesiapa yang mempunyai masalah asma dan batuk boleh mengambil akar pokok Jarong kemudian mengunyah ia bersama daun sirih. Selain itu, dengan meminum air rebusan akar yang direbus juga boleh merawat masalah yang sama.
  • Daun dan ranting perlu ditumbuk lumat kemudian pupuk ia ke tempat yang mempunyai bisul, calar, kudis, lebam luka dan reumatisme.
  • Pelbagai masalah seperti buasir, busung, demam panas, tekanan darah tinggi, melawaskan kencing, buang air besar, mencuci darah, menjarangkan anak dan menyingkirkan cacing dalam perut dapat dirawat dengan mengamalkan peminuman air rebusan keseluruhan pokok Jarong.

Artikel berkaitan dengan Jarong

+ http://yohanesocta.blogspot.my/2015/12/tanaman-obat-jarong-achyranthes-aspera.html

+ http://tanamanobat23.blogspot.my/2015/03/tanaman-obat-jarong-achyranthes-aspera.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1