Jelai

Jelai menerima namanya daripada struktur air mata buahnya yang berkilat keras dan disertakan biji benih. Tumbuhan ini mempunyai buah keras berupa manik dan berlubang di tengahnya. Tumbuhan berumpun ini boleh tumbuh mencapai ketinggian sehingga 3 meter. Ciri-ciri fizikal yang boleh dilihat pada daunnya adalah seperti bentuk daun yang menyerupai daun jagung tetapi lebih pendek dan beretak-ketak. Buahnya berwarna hijau muda semasa muda dan berubah menjadi kuning langsat apabila masak dan kemudian bertukar hitam apabila tua.

Coix lacryma-jobi.

Pokok Jelai ini adalah pokok tempatan yang boleh ditemui di sekitar Taman Herba Negeri Perak. Selain itu, ianya juga banyak terdapat di Burma, China, India mahupun Indochina. Pokok Jelai atau juga nama lain dikenali Tasbih, job's tears, pearl barley, termasuk didalam keluarga Poaceae. Jelai membiak melalui pecahan rumput dan boleh hidup subur dikawasan yang mendapat cahaya mahatari yang cukup. Antara kegunaan perubatan Jelai adalah:

  • Meminum air rebusan akar sebanyak 3 kali sehari mampu merawat sakit sendi, demam kuning, melawaskan kencing, dan menghilangkan batuk.
  • Untuk batu karang pula, daunnya boleh dipetik dan diminum sebagai teh dan amalkan hingga masalah batu karang hilang.

Artikel berkaitan dengan Jelai

+ http://www.amdi.usm.my/pokok-jelai-plantdatabase

+ http://www.harmoni-my.org/forum/index.php?topic=1059.0

+ https://wannura.wordpress.com/2010/04/27/jelai-coix-lachryma-jobi-boleh-dijadikan-ubat-dan-tasbih/

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1