Jemuju

Jemuju merupakan sejenis sayur atau perasa yang sering digunakan didalam masakan. Disamping ianya sejenis herba pokok renek, herba ini juga mempunyai aroma wangi seperti daun ketumbar. Ciri fizikal rumpunnya seakan pokok tutup bumi, namun daun jemuju adalah lebih panjang dan berwarna hijau berkilat serta bergerigi dibahagian tepi. Daun-daunnya terbit di sekeliling jambak, menegak keras tetapi mudah layu selepas dicabut.

Walaupun daun jemuju berbau wangi tetapi akarnya adalah sebaliknya. Akarnya berbau hambar tetapi sedikit manis. Antara nama lain yang digunakan bagi daun Jemuju adalah Jemuju Ketumbar Jawa, Juruju gunung (Malaysia), Katumbar londa, Ketumbar mungsi, Walangan (Indonesia) dan Long Coriander Pokok Jemuju yang tua akan mengeluarkan bunga yang bercabang serta buah yang banyak. Herba ini mempunyai daya tahan yang tinggi iaitu diantara dua hingga tiga tahun di tapak semaian atau di ladang. Sementara itu, kaedah pembiakan tumbuhan ini adalah melalui buahnya berbiji-biji tajam dan gugur.

Eryngium foetidum.

Eryngium foetidum merupakan nama saintifik bagi tumbuhan Jemuju dan sebahagian daripada keluarga Apiaceae. Di Amerika Syarikat Jemuju dijual sebagai sayur dan di panggil ‘Culantro” kerana bau yang terdapat pada daun pokok ini seakan pepijat atau tepus kesin (Pungent odour). Malah bagi mengekalkan rasanya, daun pokok ini perlu dikeringkan sebelum disimpan. Ia berasal daripada Mexico dan Amerika Selatan namun ditanam di hampir seluruh dunia. Berikut merupakan kaedah perubatan tradisional bagi tumbuhan Jemuju:-

  • Bagi mendapat rambut yang sihat dan mengilatkan rambut boleh basuh rambut dengan daun muda.
  • Minum air rebusan akar bagi merawat asma.
  • Biji bagi Jemuju dihancur dan ditelan untuk mencuci darah.

Artikel berkaitan dengan Jemuju

+ https://books.google.com.my/books?id=-JZqCgAAQBAJ&pg=PA108&lpg=PA108&dq=jemuju+eryngium&source=bl&ots=8_weDkE3C_&sig=HNlaNYKP8LbWTzlwXkJVHIjHpmQ&hl=en&sa=X&sqi=2&redir_esc=y#v=onepage&q=jemuju%20eryngium&f=false

+ http://agrobiosolution.blogspot.my/2010/04/jemuju-eryngium-foetidum_09.html

+ http://www.wikiwand.com/ms/Pokok_Jemuju

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1