Jerangau

Jerangau merupakan di antara herba popular di Malaysia dan sering ditanam di kawasan belakang rumah terutama orang Melayu dan India. Di mana pada kebiasaannya bahagian luaran ini digunakan sebagai bahan tuam atau losyen. Ia mempunyai sejarah yang panjang mengenai penggunaan tumbuhan ini sebagai ubat-ubatan samada tradisional ataupun moden. Tumbuhan ini digunakan secara meluas dalam perubatan herba moden bagi menghasilkan aroma wangian dan juga tonik.

Aturan bagi daun Jerangau adalah tersusun, ringkas, dan keseluruhan daun berwarna hijau dengan berbentuk bilah memanjang. Sebagai tambahan, tumbuhan itu memiliki urat daun yang selari dan membentuk sisipan. Selain itu, ciri-ciri menarik yang terdapat pada tumbuhan tersebut adalah sekiranya menghidu akarnya dikatakan mempunyai bau seperti lemon yang manis. Pokok Jerangau boleh dibiakkan melalui keratan rizomnya yang berwarna putih.

Acorus Calamus L.

Araceae adalah keluarga bagi pokok Jerangau atau nama saintifiknya Acorus calamus L. Nama seperti sweet flag dan calamus root adalah nama lain yang sering digunakan bagi herba ini. Tumbuhan ini boleh jumpai di kawasan yang berair dan lembap seperti di sekitar sungai mahupun di sekeliling kolam dan tasik. Malah sejak 2 abad lalu, orang-orang Cina dan India telah lama gunakan pokok Jerangau sebagai bahan perubatan tradisional:-

  • Rebusan air rizom diminum untuk mengubati sakit perut, cirit-birit, buang angin, menahan muntah, sakit urat dan asma.
  • Bagi wanita yang bersalin mandian air rebusan rizom dapat merawat bahagian dalaman wanita.
  • Selain itu, Jerangau dapat menguatkan tenaga batin dan membantu sistem penghadaman dengan meminum air rebusan rizom.

Artikel berkaitan dengan Jerangau

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-jerangau.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1