Keembung

Keembung adalah pokok hiasan yang banyak dijumpai di serata negara, sama ada beriklim tropika atau pun sederhana. Biarpun demikian, ia merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh di negara India dan Myanmar. Sesungguhnya susunan daun bagi pokok Keembung ini berselang-seli, ringkas dan berbentuk mata lembing. Di kedua-dua hujung daunnya berbentuk runcing, bergerigi halus dan bertangkai pendek. Pada kebiasaannya bunga Keembung dihasilkan di ketiak daun samaada secara tunggal atau lebih pada tangkai jambak bunga. Disamping itu warna yang terdapat pada bunga Keembung adalah berwarna putih, kuning pucat, merah jambu, merah dan ungu. Lazimnya bunga keembung mempunyai lima kelopak namun terdapat beberapa jenis Keembung yang menghasilkan kelopak bunga berganda. Batangnya mengandungi banyak air dan menghasilkan beberapa dahan kecil.

Buah Keembung memiliki bentuk yang bulat memanjang seakan-akan kapsul. Dimana setiap buah yang telah masak akan merekah kemudiannya meletup dan mengeluarkan biji buah tersebut. Warna bagi setiap biji buah itu adalah kehitam-hitaman dan bersaiz kecil. Pokok Keembung boleh di biakkan melalui biji benih. Bahagian yang sering digunakan untuk tujuan perubatan tradisional adalah daun, bunga, biji dan batang. 

Imperata balsamania L. 

Imperata balsamania L. merupakan nama saintifik bagi pokok Keembung dan tergolong dalam famili Balsaminaceae. Nama-nama herba seperti Tabo, Inai Air (melayu) dan Garden Balsam (Inggeris) adalah nama lain bagi pokok Keembung. Khasiat dalam perubatan tradisional pokok Keembung adalah seperti berikut:-

  • Bagi mengurangkan pembengkakan akibat bisul, sakit sendi, sengatan serangga bisa dan radang kulit ambil keseluruhan pokok Keembung kemudian hancurkan ia dan tampal di tempat yang bengkak.
  • Rawatan kuku pecah boleh dirawat dengan hancurkan daun dan pupuk pada kuku.

Artikel berkaitan dengan Keembung

+ http://animhosnan.blogspot.my/2013/09/bunga-keembong.html

+ http:/rubbertapperz.blogspot.my/2011/01/khasiat-bunga-keembung.html

+ https://wannura.wordpress.com/2012/06/17/keembung-impatiens-balsamina/

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1