Langkinang

Herba ini mempunyai rupa bentuk seperti lengkuas, kantan dan lain-lain yang sejenis dengannya, namun mempunyai saiz yang lebih kecil. Langkinang atau tepus tanah merupakan tumbuhan yang mempunyai ciri fizikal yang agak langsing, dapat menghasilkan daun yang berbatang 1 hingga 3 meter dan menjalar rhizom. Herba ini dapat tumbuh dengan baik didalam tanah yang lembab dan kaya dengan bahan semula jadi. Bunganya berbentuk seperti sarang lebah 10 cm-30 cm dengan 6 cm-7 cm panjang dan dipuncaknya bulat.

Alpinia mutica.

Langkinang atau Alpinia mutica merupakan salah satu spesis didalam keluarga Zingiberaceae. Habitat utama tumbuhan ini adalah di kawasan yang berpaya. Dengan mempunyai ciri fizikal ketinggian mencapai tiga meter, batang atau seludang daunya pula berwarna gelap. Pelbagai manfaat serta khasiat yang diperoleh melalui perubatan tradisional bagi tumbuhan ini.

Antara kegunaan Langkinang dalam perubatan tradisional ialah:

  • Merendam dan merebus rizom/ubi yang dipetik dimana kemudiaannya minum air rebusan bagi  merawat selsema dan menyejukkan badan.
  • Bagi merawat masalah mata merah boleh memetik bunga daripada pokok langkinang kemudiannya merendam bunga berkenaan didalam air.Cuci mata yang merah dengan air rendaman bunga tersebut.

Artikel berkaitan dengan Langkinang

+ http://merr.utm.my/1404/

+ https://www.healthbenefitstimes.com/beehive-ginger-facts/

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1