Lelipan

Pokok Lelipan biasanya dijadikan sebagai pokok hiasan di dalam pasu ataupun di kawasan yang terbuka. Pokok renek ini tumbuh dengan ketinggian di antara 1 m hingga 1.5 m. Uniknya pokok ini adalah bentuknya yang berbentuk zig-zag dengan tekstur batangnya yang lembut. Batangnya berbentuk bulat dan apabila dipatahkan akan mengeluarkan getah berwarna putih susu. Getah ini adalah beracun jikalau termakan dan ia hanya sesuai untuk kegunaan luaran sahaja. 

Selain itu, pokok ini memiliki daun yang bersaiz kecil namun tersusun secara berselang-seli, berbentuk bujur dan runcing di hujung serta mempunyai warna berbelang antara hijau muda, merah jambu dan putih. Apabila dipetik daunnya akan mengeluarkan getah dimana getah itu boleh digunakan bagi mengurangkan bengkak kerana patah tulang atau bisul serta menghalang pendarahan daripada luka. Bunganya yang berwarna merah tumbuh daripada pucuk pokok Lelipan.

Pedilanthus tithymaloides.

Pokok Lelipan atau nama saintifiknya Pedilanthus tithymaloides juga dikenali sebagai penawar lipan. Euphorbiaceae adalah keluarga bagi pokok Lelipan dan berasal dari Amerika Tengah kemudiannya tersebar ke negara-negara tropika. Antara nama lain bagi tumbuhan ini ialah Devil’s Backbone, Redbird cactus, Zigzag plant, Slipper Flower, Slipper plant, Candelilla, Christmas candle, Fiddle flower dan Japanese poisenttia. Berikut merupakan antara rawatan tradisional menggunakan pokok Lelipan:-

  • Ambil getahnya dan sapu ditempat yang terkena bisa sengatan lipan atau kala jengking, kudis dan ketuat.

Artikel berkaitan dengan Lelipan

+ http://hatiberdetikdanberbisik.blogspot.my/2010/10/pokok-lelipan.html

+ http://linaherbs.blogspot.my/2008/08/lelipan.html

+ http://www.floridagardener.com/pom/Pedilanthustv.htm

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1