Lidah Jin

Herba ini mempunyai ukuran panjang daun diantara 0.3 m hingga 1 m dan tumbuh secara tegak. Selain tumbuh secara menegak, ia memiliki warna hijau muda atau hijau kelabu dengan garis-garis hujau tua. Terdapat pelbagai jenis pokok lidah jin dan ia mudah dibezakan melalui bentuk dan corak daunnya. Tumbuhan ini menghasilkan bunga yang harum, kecil dan berwarna putih kekuningan dan boleh dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun. Buah lidah jin juga bulat dan berukuran 5 mm, dan berwarna hijau ketika muda dan merah ketika sudah masak. 

Sansevieria trifasciata 'Black coral'.

Ruscaceae merupakan keluarga bagi lidah jin dan ianya merupakan tumbuhan asli dari Benua Afrika dan hanya hidup dikawasan tropika dan subtropika. Nama lain bagi lidah jin adalah pokok lidah mertua, Lidah Syaitan/Hantu, bowspring, dan Hu Wei Lan. Antara perubatan tradisional yang terkenal melalui tumbuhan ini adalah:-

  • Ambil akar daripada tumbuhan Sansevieria trifasciata ‘Black Coral’ dan rendam didalam air yang direbus kemudian minum air rebusan tersebut untuk merawat pelbagai penyakit contohnya, darah tinggi, tekanan, radang saluran penafasan, sakit ulu-hati, cirit-birit, digigit lipan dan keracunan. 
  • buah pokok ini boleh digunakan untuk merawat demam panas, selesama, batuk, sakit tekak dan gigi, haus yang keterlaluan dan sakit telinga.
  • Cecairan dari lidah jin mampu melebatkan rambut dengan menyapukan cecair di kepala dan dibiarkan selama beberapa minit lalu dibilas.

Artikel berkaitan dengan Vanila

+ http://adrydaud.blogspot.my/2011/03/lidah-jin.html

+ https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Lidah_Jin

+ http://jomtanambunga.blogspot.my/2013/06/pokok-lidah-mak-mentua.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1