Lidah Naga

Lidah Naga adalah pokok renek malar hijau yang kecil mempunyai ketinggian sehingga 40 cm. Daunnya biasanya berkumpul di bahagian atas ranting, sering bengkok ke bawah, dan memiliki daun yang keras berbentuk  ovate seperti pisau pembedahan. Bahagian daun yang paling rendah memiliki panjang diantara 5 cm hingga 8 cm dan 2.5 cm hingga 3.5cm lebarnya.

Bunga Lidah Naga tumbuh secara berkelompok di celah daun dan tersusun secara segugus bunga berwarna ungu gelap dan memiliki tangkai bunga pendek. Batang bagi pokok Lidah Naga berbentuk silinder bersaiz 2-5 mm, beruas pendek dan mempunyai panjang antara 2 mm hingga - 20 mm.

Sauropus rostratus.

Lidah Naga atau Sauropus rostratus merupakan tumbuhan berasal daripada keluarga Euphorbiaceae. Ia adalah pokok herba tempatan yang boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak dan di serata hutan hujan basah Asia. Tumbuhan ini juga boleh dikenali dengan nama lain seperti "Spatulate Sauropus".

Antara kegunaan perubatan Lidah Naga adalah:-

  • Penyakit kanser boleh dirawat dengan meminum air rebusan daun

Artikel berkaitan dengan Lidah Naga

+ http://linaherbs.blogspot.my/2013/04/lidah-naga-sauropus-rostratus.html

+ http://www.cfh.ac.cn/26971.spage?AspxAutoDetectCookieSupport=1

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1