Lili Hujan

Tumbuhan renek yang sering tumbuh selepas hujan ini diberi nama Lili Hujan. Tumbuhan ini amat sesuai dijadikan tanaman penghias bagi halaman rumah. Ini adalah kerana tanaman tutup bumi ini terkenal dengan keunikan bunganya yang berbagai warna selain mempunyai bentuk bunga yang sedikit berbeza dengan spesiesnya. Lili Hujan memiliki daun yang berwarna hijau, berukuran panjang, bersifat licin dan agak melengkung. 

Selain itu, antara ciri-ciri lain yang ada pada daun ini ialah ia kelihatan seakan-akan pita. Ia mempunyai tinggi sekitar 15 cm hingga 30 cm sahaja. Bunganya tunggal namun kelopak bunganya berbentuk trompet.  Tumbuhan yang dikenali dengan beberapa nama seperti Rain Lily, Fairy Lily, Zephyr Lily, August Rain Lily memiliki bunga yang mempunyai pelbagai warna yang menarik seperti merah jambu, kuning, putih dan lain-lain. Walaupun begitu, bunganya yang mekar hanya

Zephyranthes carinata

Tumbuhan yang diberi nama saintifiknya Zephyranthes carinata adalah tumbuhan yang berasal daripada keluarga Amaryllis. Tumbuhan Lili Hujan ini dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan dan Amerika Utara. Nama Zephyranthes asalnya dari perkataan Zephyrus, iaitu adalah dewa angin barat dalam mitologi Yunani. Lili Hujan mempunyai kegunaan dan khasiat yang tinggi dalam rawatan tradisional melayu antaranya:-

  • Rebus keseluruhan herba kemudian meminum airnya bagi merawat demam dan menyejukkan badan.
  • Bagi masalah luka pula ambil daun yang telah dilumat kemudian tampal ia pada tempat yang sakit.

Artikel berkaitan dengan Lili Hujan

+ http://www.jitunews.com/read/25265/pakai-cara-ini-agar-lili-hujan-tumbuh-mekar

+ https://brightsightrads.wordpress.com/tag/lili-hujan/

+ http://www.wandaflorist.com/article/detail/85

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1