Loceng Fatimah

Loceng Fatimah atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Galphimia gracilis. Pokok ini merupakan daripada spesis Galphimia dan daripada keluarga Melpighiaceae yang merupakan tumbuhan yang berasal daripada timur Mexico. 

Ia ditanam secara meluas dikawasan bersuhu lembab diseluruh dunia. Nama lain bagi tumbuhan ini adalah dipanggil sebagai thryallis atau “gold shower”. Dalam tanaman hiasan atau kata mudahnya didalam tapak semaian pokok ini mudah ditanam kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Loceng Fatimah boleh dikenali melalui rupa bunganya. Kelopak bunga yang berwarna kuning akan menjadi sebagai buah yang matang apabila ia gugur ke tanah. Apabila ia telah gugur ke tanah kelopak tersebut akan bercambah menjadi anak pokok dan ia akan tumbuh secara menjalar lebih kurang panjangnya daripada  8mm hingga 14mm dan lebarnya pula 4mm hingga 8mm. 

Galphimia gracilis.

Pada satu-satu masa, kebarangkalian hanya lebih kurang 2-3 bunga sahaja akan gugur yang mana kelopak bunga tersebut hanya berukuran lebih kurang 4mm hingga 5mm panjang dan lebarnya hanya 3mm.

Bagi perubatan tradisional, Loceng Fatimah ini akan digunakan:-

  • Untuk mengubati penyakit radang telinga. Dengan cara, batang Loceng Fatimah akan ditumbuk dan diperah air ke dalam telinga.
  • Selain daripada itu, ia juga mampu merawati penyakit luka berdarah ataupun bisul. Caranya, daun dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang sakit. 
  • Akhir sekali, ia mampu mencegah kehamilan, antitoksid, pendarahan dalam rahim dan membuang angin didalam badan dengan cara meminum air rebusan pokok yang telah dikeringkan dibawah sinaran matahari.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1