Pegaga Bukit

Pegaga Bukit atau nama saintifiknya dikenali sebagai Centella asiatica merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar dan mudah hidup. Kebiasaannya, Pegaga Bukit ini boleh didapati di kawasan hutan. Pegaga Bukit boleh diklasifikasikan sebagai tumbuhan yang sejenis dengan Pegaga Embun dan Pegaga yang biasa dimakan seharian. 

Ciri-ciri yang terdapat pada tumbuhan adalah berbeza dari jenis Pegaga lain yang biasa dilihat di mana saiz daun bagi Pegaga Bukit agak lebar dan lebih besar dari Pegaga biasa. Bentuk daunnya kelihatan lebih bulat dan berwarna kehijauan. Selain itu, permukaan daunnya berkilat dan mempunyai tekstur batangnya yang lembut sama seperti Pegaga lain. 

Centella asiatica.

Bagi perubatan tradisional, ia mampu mengubati segala jenis penyakit yang mana antaranya:

  • Alahan, antikanser, melawaskan pembuangan air kecil, merawat cirit-birit, sakit kerongkong, merawat batu karang, kencing berdarah, demam panas, ulser dan menurunkan tekanan darah tinggi dan kencing tidak lawas. 
  • Ia juga boleh mengubati penyakit malaria dan sakit mata. Cara untuk mengubati penyakit ini adalah dengan cara makan keseluruhan pokok, rebus untuk diminum atau boleh juga dijadikan sebagai jus.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1