Pelaga

Pelaga atau dikenali sebagai ‘Permaisuri Rempah Ratus’ merupakan diantara rempah paling eksotik di dunia. Herba ini terkenal diantara rempah ratus paling tertua di dunia. Ia mempunyai ketinggian 3 meter dengan daunnya berwarna hijau yang keluar dari pangkal pokok. Ciri fizikal yang lain adalah seperti memiliki daunnya yang panjang, berbentuk tirusnya dihujung selain mempunyai panjang daun sekitar 90 cm dengan 25 cm lebar. 

Tekstur daun Pelaga adalah lembut dan mempunyai bulu dibahagian bawahnya. Tangkai bunga yang tumbuh dari pangkal pokok mencapai boleh mencapai ketingian sehingga 1 meter dari tanah. Jambak bunga yang dihasilkan daripada tangkai pokok berwarna keungguan dan putih selain mempunyai panjang mencapai 15 mm - 20 mm.

Buah Pelaga yang matang mempunyai warna coklat cerah atau kekuningan yang berbentuk bulat lonjong, berbentuk kapsul dan mengandungi biji yang berwarna coklat kehitaman apabila kering. Pokok Pelaga ini dibiakkan menggunakan rizom. Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan, buah Pelaga juga digunakan untuk perubatan, wangian dan kosmetik.

Amomum cardamomum

Pelaga atau Amomum cardamomum merujuk kepada beberapa tumbuhan yang sama genus (genera) Elettaria dan Amomum dalam keluarga halia dari Zingiberaceae tercatit dalam buku Vedic dan sistem perubatan Unani dan Ayurveda. Kedua-dua genus adalah berasal dari India, Nepal dan Bhutan. Nama lain bagi buah Pelaga adalah seperti Cardomum (English), Bai Dou Kou (China), Choti elaichi (Hindi), Luk Krawan (Thai), Cardamomen (Germany) dan Kapulaga (Indonesia).

Antara kegunaan Pelaga dalam perubatan tradisional ialah:

  • membuang angin dalam badan dan melicinkan kulit.
  • Dengan merebus dan meminum ubi/rizom dapat mengecutkan rahim ibu selepas bersalin

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1