Pepijat

Pokok Pepijat adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh meliar dihutan tropika Malaysia. Masyarakat menggelarnya pokok Pepijat kerana mempunyai bau yang seakan-akan pepijat namun berasa manis apabila dikunyah. Tepus Kesing antara nama lain bagi pokok Pepijat sering dijadikan sebagai bahan masakan bagi masakan kampung. Seperti kebanyakkan tumbuhan lain didalam keluarga halia, ia membiak melalui pecahan rizom. Pokok Pepijat mempunyai ketinggian diantara 0.5 m hingga 1.5 m tinggi disamping menghasilkan rizom menjalar dan nipis. Manakala bunganya pula tumbuh secara berjarak antara satu sama lain berwarna putih kekuningan.

Elettariopsis curtisii.

Elettariopsis curtisii adalah nama saitifik bagi Pepijat dan berada didalam keluarga Zingiberacea. Orang asli di Semenanjung Malaysia menggunakan daun tumbuhan ini untuk masakan daging dan ikan. Selain dijadikan bahan masakan, tumbuhan ini juga terdapat kegunaan didalam perubatan tradisional seperti:

  • Daun pepijat sering digunakan sebagai pembalut tungku bagi memanaskan badan wanita selepas bersalin dan dijadikan ramuan mandian semasa dalam pantang.

Artikel berkaitan dengan Pepijat

+ http://thailand.digitaljournals.org/index.php/JTTAM/article/viewFile/18596/17918

+ http://repository.um.edu.my/78033/1/Essential%20Oils%20of%20Elettariopsis%20curtisii%20(Zingiberaceae)%20and%20Their%20Antimicrobial%20Activities.PDF

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1