Pokok Jalar Raja

Pokok Jalar Raja atau lebih dikenali dengan tumbuhan berekor naga merupakan pokok yang mempunyai ciri fizikal daunnya yang menarik. Tumbuhan ini mempunyai daun berbentuk jantung yang berkilat dan mempunyai batang yang panjang dan boleh membesar sehingga 2 m panjang. Walaubagaimanapun, batangnya hanya dijadikan sokongan untuk menjaga tumbuhan daripada mengambil ruang yang terlalu banyak. Daun yang matang hanya terjadi apabila ketinggian pokok itu mencukupi. Pada kebiasaannya pokok itu  berada pada ketinggian di antara 4 m dan 8 m dan mempunyai jumlah kelebaran 1m - 1.5m. Epipremnum pinnatum menghasilkan bunga hijau kecil pada musim panas.

Epipremnum pinnatum.

Genus bagi pokok Jalar Raja 'Epipremnum' berasal dari 'epi' Greek (atas) dan 'premna' (pokok tunggul), sebagai rujukan mengenai tabiat pertumbuhan epifit tumbuhan daripada keluarga Araceae ini. Manakala gelaran 'pinnatum' pula merujuk kepada daun matang yang berbentuk pinnat. Berikut adalah perubatan kaedah tradisional bagi pokok Jalar Raja.

Antara kegunaan Pokok Jalar Raja dalam perubatan tradisional ialah:

  • Daunnya dipetik daripada pokok kemudian direndamkan bersama air. Minum air rebusan daun itu bagi merawat demam, membuang darah beku, antikanser, sakit sendi dan tulang.

Artikel berkaitan dengan Pokok Jalar Raja

+ http://www.exoticrainforest.com/Epipremnum%20pinnatum%20pc.html

+ https://florafaunaweb.nparks.gov.sg/special-pages/plant-detail.aspx?id=1393

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1