Puding Semangkuk

Puding Semangkuk adalah tumbuhan renek yang tumbuh secara menegak. Ia mampu tumbuh mencapai ketinggian kira-kira 6 m. Daunnya mempunyai panjang sekitar 5 cm hingga 20 cm dengan margin yang tersusun. Lazimnya pokok ini mempunyai 3 daunnya yang berbentuk seperti buah pinggang disokong dengan tangkai yang panjang. Manakala bunganya berbunga secara berpusat dan mempunyai panjang sekitar 30 cm hingga 80 cm. Kebiasannya pucuk muda tumbuhan ini dibuat sebagai ulam oleh masyarakat tempatan. Pokok Puding Semangkuk boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Polyscias scutellaria

Polyscias scutellaria merupakan nama saintifik bagi Puding Semangkuk yang berada didalam kelompok keluarga Araliaceae. Mangkokan atau Puding Mangkuk dipercayai berasal daripada Pasifik Selatan dan ia di tanam di Taman Herba Negeri Perak. Nama Polyscias bermakna banyak-teduh, merujuk kepada daun yang terdapat pada tumbuhan ini. Nama generik datang dari gabungan 'poli' perkataan Yunani yang bermaksud banyak dan 'Skia' naungan bermakna yang merujuk kepada dedaunan tebal. Berikut merupakan kaedah kegunaan Pokok Puding Semangkuk dalam perubatan tradisional:-

  • Makan pucuk atau daun muda sebagai ulam bagi melawaskan pembuangan air kecil.
  • Keguguran rambut boleh dicegah dengan mencuci rambut dengan daun yang telah dihancurkan.
  • Bengkak pada buah dada boleh dirawat dengan menghancurkan daun dengan campuran minyak kelapa dan kunyit dan tampal ditempat yang bengkak.

Artikel berkaitan dengan Puding Semangkuk

+ http://www.photomazza.com/?Polyscias-balfouriana

+ http://www.efloraofgandhinagar.in/shrub/polyscias-balfouriana

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1