Raja Santung Tanah

Raja Santung Tanah atau nama saintifiknya iaitu Aphelandra squarrosa merupakan spesis daripada keluarga Acenthaceae yang mana tumbuhan ini biasa didapati di negara Brazil. Lazimnya tumbuhan ini dijadikan tanaman hiasan yang ditanam dikawasan rumah sebagai dekorasi landskap. Ia memerlukan cahaya matahari secara penuh namun tidak secara terus ke pokok. Kadar kandungan kelembapan tanah juga memainkan peranan penting kerana Ia merupakan pokok yang sangat sensitif kepada tanah yang menerima air yang terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Kesan daripada ini akan menyebabkan daunnya akan bertukar keperangan dan kemudiannya gugur ke tanah. 

Aphelandra squarrosa

Berikut merupakan ciri fizikal daun Raja Santung Tanah iaitu mempunyai urat putih atau kuning di permukaan daun. Manakala sifat bagi batang pokok  adalah tidak terlampau keras. Selain itu, pokok Raja Santung Tanah juga dikenali dengan tumbuhan belang menghasilkan bunga yang berwarna kuning dalam keadaan mengucup. 

Antara kegunaan Raja Santung Tanah dalam perubatan tradisional ialah:

  • Menurut perubatan tradisional Raja Santung Tanah akan dijadikan herba untuk merawati penyakit kulit, kudis ataupun bisul. Caranya adalah dengan menghancurkan daun dan gosokkan pada tempat yang sakit.

Artikel berkaitan dengan Raja Santung Tanah

+ http://www.missouribotanicalgarden.org/PlantFinder/PlantFinderDetails.aspx?kempercode=b576

+ https://en.wikipedia.org/wiki/Aphelandra_squarrosa

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1