Remayung Merah

Remayung Merah adalah sejenis herba yang mempunyai batang yang lembut dan memanjat secara melilit seperti pokok Sireh. Ia merupakan sejenis sayuran tradisional yang jarang dimakan oleh masyarakat melayu. Terdapat 2 jenis remayung yang dikenali ramai iaitu remayung hijau dan merah. Bagi spesis Remayung Merah berbentuk bulat berwarna merah pada daun dan batangnya sering digunakan sebagai pokok hiasan. Walaupun mempunyai jangka hayat yang dikira pendek, namun, tumbuhan renek ini boleh tumbuh panjang mencapai 2 m - 6 m.

Bagi peminat tanaman herba, pokok ini memang mudah untuk dibiakkan melalui keratan pucuk berdaun atau batang. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi namun memerlukan air secukupnya. Selain itu, ia merupakan tumbuhan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kerana mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi.

Basella alba L.

Basella alba L. adalah sejenis sayuran berdaun yang berada didalam keluarga Basellaceae yang berasal dari India Selatan. Selain menjadi sayuran popular di India, ia juga ditanam secara komersil di Malaysia, Filipina, dan Indonesia. Berikut merupakan khasiat yang terdapat dalam pokok Remayung Merah:-

  • Herba ini bertindak menurunkan suhu badan dengan merebus pucuk mudanya dan diminum air rebusannya.
  • Selain itu, tumbuhan ini berfungsi untuk merawat sebarang luka dengan menampalkan daun pucuk paku yang telah dihancurkan.
  • Dengan memakan Remayung Merah sebagai ulam ia sedikit sebanyak dapat melancarkan sistem penghadaman.

Artikel berkaitan dengan Remayung Merah

+ http://fazlisyam.com/2010/07/remayung-merah

+ http://animhosnan.blogspot.my/2011/01/remayong.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1