Rompok

Rompok berasal daripada kawasan hutan tropika dan sub-tropika disekitar Asia dan Amerika. Pokok renek ini berstruktur tegak dan mempunyai ketinggian sehingga 2 m tinggi. Lebar daun yang meluas ovate kepada bulat, 8 cm -15 cm panjang, 7 cm-14 cm lebar dan memiliki bulu. Tumbuhan ini memiliki bunga yang sangat cantik yang tumbuh secara kelompok. Ia mengeluarkan bau yang sangat wangi sewaktu matahari sedang turun. 

Spesies ini suka tumbuh dalam persekitaran yang lembap dengan cahaya matahari penuh dan memerlukan tanah yang subur, tetapi ia juga boleh tumbuh di kawasan terlindung daripada cahaya matahari. Rompok dibiak melalui keratan batang dan sering dijadikan ubat untuk rawatan penyakit sendi, asma, dan penyakit radang.

clerodendrum fragrans.

Lamiaceae adalah nama keluarga bagi Rompok. Selain clerodendron fragrans ia juga dikenali sebagai Clerodendrum chinense. Antara rawatan tradisional yang digunakan ialah:

  • Gunakan daun yang telah dihancur dan sapu pada kawasan yang mengalami sengal-sengal tulang dan malaria.
  • Petik daun daripada pokok kemudian hancurkan ia dan sapu di kawasan leher untuk merawat batuk dan sakit kulit.

Artikel berkaitan dengan Rompok

+ http://toptropicals.com/catalog/uid/Clerodendrum_philippinum.htm

+ http://www.cabi.org/isc/datasheet/113371

+ http://davesgarden.com/guides/pf/go/48738/#b

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1