Rumput Bambu

Rumbut Bambu merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dilihat dipersekitaran seperti di cerun-cerun bukit hutan mahupun di tepi jalan. Namun begitu, ia juga sering dijadikan sebagai tanaman hiasan dan boleh didapati dikebanyakkan kedai bunga. Tumbuhan ini merupakan herba yang menjalar dan memanjat yang biasanya mampu tumbuh tinggi sehingga 1.5 meter. Ia juga memiliki batang yang nipis dengan alur membujur. Daunnya pula berwarna hijau, berbentuk helaian yang panjang antara 1 cm hingga 2.5 cm, dimana dihujungnya adalah runcing, dan halus.

Selain itu, bunganya berwarna putih berbentuk tunggal namun tumbuh secara berkelompok dan tumbuh dari ketiak daun. Buahnya berbentuk bulat-bulat kecil, berdiameter sekitar 6 mm dan apabila masak ia bertukar warna dari merah tua hingga hitam. Perhatian lebih perlu diberikan ketika memakan buahnya kerana mengandungi racun. Walaupun begitu, Rumput Bambu didapati kaya dengan pelbagai vitamin, folate dan potasium serta mengandungi antioksidan yang tinggi. Ia didapati boleh mencegah penyakit batuk termasuk batuk darah, kencing manis, sembelit, demam, gelisah dan beberapa jenis barah. Manakala tabib di zaman dahulu menganggap tumbuhan ini ada nilai perubatan dan digunakan sebagai bahan pembersih dan perawat. 

Asparagus cochinchinensis.

Asparagus cochinchinensis atau Rumput Bambu berasal daripada keluarga Asparagaceae. Dipercayai tumbuhan ini berasal dari negara Asia seperti China, Jepun dan Korea. Di Malaysia antaranya di Taman Herba Negeri Perak adalah lokasi tanaman bagi Rumput Bambu. Tumbuhan ini memerlukan cahaya yang cukup dan tanah yang berpasir halus sebagai habitatnya.

Berikut merupakan kaedah perubatan tradisional bagi tumbuhan Rumput Bambu ini:-

  • Bagi yang mempunyai masalah batuk berdarah, sakit kerongkong, kencing manis, muntah darah,  dan ingin lawaskan pembuangan air besar boleh meminum air rebusan ubinya bagi merawat masalah tersebut.

Artikel berkaitan dengan Rumput Bambu

+ http://hatiberdetikdanberbisik.blogspot.my/2012/04/asparagus-aka-rumput-bambu.html

+ http://kekeysgarden.mbloger.net/bambu-tali.xhtml

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1