Rumput Pisau

Rumput Pisau merupakan sejenis tumbuhan yang amat mudah dijumpai diseluruh dunia. Ini adalah kerana ia mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu tumbuh di semua jenis tanah disamping mempunyai mampu bertahan suhu yang tinggi. Tumbuhan ini boleh didapati dalam pelbagai habitat termasuk sawah, kawasan sisa, tepi jalan, padang rumput, tebing sungai, sungai, aliran pantai dan kawasan-kawasan semula jadi. Daunnya mempunyai tulang daun yang berbeza, iaitu lurus, dan lazimnya lebih pendek daripada batang yang berbunga. Selain itu, daunnya boleh tumbuh mencapai sehingga 7 mm (0.27 inci) kelebaran dan muncul dari pucuk pengkalan. Batangnya tumbuh secara menegak sehingga mencapai 60 cm tinggi dan terdapat keratan rentas segi tiga. Buah bagi tumbuhan Rumput Pisau kerap dihasilkan namun sering disalah ertikan sebagai benih. Ia boleh menghasilkan semula beratus-ratus rizom dan ubi dalam satu musim di hujung rizom.

Cyperus rotundus L.

Tumbuhan yang berasal daripada famili Cyperacea merupakan sejenis tumbuhan yang dipercayai tumbuh hampir di setiap negara. Terdapat pelbagai nama lain bagi rumput pisau ini antaranya hamasuge(Japanese), hyangbuja(Korean), suo cao, xiang fu zi (Chinese), Java-grass, nut grass. Dipercayai syarikat-syarikat farmaseutikal di India dan China menggunakan Rumput Pisau bagi menghasilkan diuretik, anthelminthics, rawatan untuk batuk, asma dan demam.

Berikut merupakan antara kegunaan Rumput Pisau dari segi perubatan tradisional:-

  • Amalkan minum air rebusan keseluruhan pokok kerana ia boleh merawat masalah penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Artikel berkaitan dengan Rumput Pisau

+ https://www.cropscience.bayer.com/en/crop-compendium/pests-diseases-weeds/weeds/cyperus-rotundus

+ http://www.arkive.org/nut-grass/cyperus-rotundus/

+ http://www.cabi.org/isc/datasheet/17506

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1