Rumput Teki

Rumput Teki lebih dikenal sebagai pengganggu tanaman pertanian kerana ia adalah jenis rumput yang sangat mudah tumbuh. Rumput ini mempunyai ketinggian mencapai 100 cm. Daunnya bersifat licin, berkilat dan berwarna hijau gelap, diikuti dengan permukaan atas yang beralur serta hujungnya yang tajam dan panjang. Disamping itu, tumbuhan ini memiliki batang langsing yang tumbuh dari bawah tanah dengan dikenali sebagai rizom. Dimana warnanya berwarna putih, berisi dan bersisik. Akar Rumput Teki merupakan salah satu rumput yang memiliki fungsi herbal dimana ia mengandungi beberapa zat gizi walaupun dalam jumlah sedikit seperti lemak, gula, karbohidrat, serat, amilum, alkaloid dan mineral kalsium, magnesium dan mangan. Bunga-bunga bagi spesies ini kembang secara berkelompok di mana di hujung batangnya terdiri daripada 3 hingga 9 tangkai panjang yang berbeza-beza panjang. Batang kacang-rumput yang licin dan tegang, biasanya mencapai sekitar 30 hingga 40 cm tinggi, dan segi tiga dalam keratan rentas.

Kyllinga brevifolia Rottb.

Pokok herba ini boleh ditemui di Taman Herba Negeri Perak dan umumnya sangat mudah ditemukan didahan-dahan atau perkarangan kawasan lapang dan dipinggir-pinggir jalan. Daya tahan bagi tumbuhan Rumput Teki amat mengagumkan, kerana ia akan tumbuh kembali setelah melalui musim kemarau dan musim tengkujuh. Tumbuhan yang berasal daripada keluarga Cyperaceae merupakan sejenis tumbuhan yang sukar dihapuskan namun amat bermanfaat didalam perubatan tradisional.

  • Mengamalkan minum air rebusan rumput dan akar bagi merawat sakit kerongkong, sakit sendi, isenteri.
  • Ambil keseluruhan pokok, kemudian lumatkan ia dan sapu di tempat yang mengalami luka, patah tulang, dan lebam beracun.
  • Masakkan keseluruhan pokok, cuci pada tempat yang gatal.

Artikel berkaitan dengan Rumput Teki

+ http://agroteknologi.web.id/klasifikasi-dan-morfologi-rumput-teki/

+ http://www.sakadoci.com/2016/02/rumput-teki-manfaat-dan-efek-sampingnya.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1