Sambang Merah

Tumbuhan Sambang Merah boleh dijumpai disekitar kawasan perumahan. Ianya merupakan antara tumbuhan popular untuk dijadikan tumbuhan hiasan kerana memiliki rupa bentuk dan warnanya yang unik dan sedap mata memandang. Daun yang terdapat pada herba ini berbentuk bujur memanjang dimana hujung dan pangkalnya meruncing. Ditepi daun itu bergerigi dengan tulang daunnya yang menyirip. Ia berukuran 4 cm - 15 cm × 1.5 cm - 4.5 cm. Pada permukaan daun tersebut berwarna hijau tua dan merah gelap pada bahagian bawahnya. 

Selain memiliki daunnya yang berwarna unik, Sambang Merah mempunyai batang berkayu dengan banyak percabangan. Antara ciri lain yang terdapat pada pokok Sambang Merah ini akan mengeluarkan getah putih yang beracun apabila di toreh pada batangnya.

Excoecaria cochinchinensis Lour.

Sambang Merah atau Excoecaria cochinchinensis Lour. pada nama saintifiknya tergolong di dalam keluarga Euphorbiaceae. Berikut merupakan kegunaan dan khasiat yang terdapat pada pokok Sambang Merah:-

  • Sekiranya terdapat bengkak pada tangan dan kaki, Pokok Sambang Merah perlu ditumbuk lumat bersama Halia untuk dijadikan minyak kemudian gosok pada tempat yang bengkak.

Artikel berkaitan dengan Sambang Merah

+ http://infokita-herbal.blogspot.my/2014/01/khasiat-tanaman-sambang-darah.html

+ https://id.wikipedia.org/wiki/Sambang_darah

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1