Sedingin

Sedingin adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga halia. Tumbuhan ini biasanya tumbuh secara liar di kawasan hutan tropika. Walaupun begitu, ia juga sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan laman yang berkonsepkan nusantara dan tropika. Ia mempunyai ketinggian di antara 1 m hingga 3 m. Tumbuhan ini seringkali dikenali melalui bunganya yang berwarna putih dan kelihatan seolah-olah kertas crepe. Manakala tangkai bunganya (bract ) pula berwarna merah. Uniknya daun pada pokok ini adalah kerana setiap helai daunya tersusun membentuk sebuah lingkaran.

Oleh kerana tumbuhan ini mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia, maka kaedah pembiakannya adalah sama iaitu melalui biji benih dan pecahan rizom. Pokok Sedingin ini sangat mudah tumbuh, kerana ia hanya memerlukan cahaya matahari yang sederhana sesuai dan tanah yang sedikit lembap bagi memudahkan tumbesarannya.

Costus speciosus 

Sedingin atau nama saintifiknya Costus speciosus tergolong di dalam keluarga Zingiberaceae. Antara nama lain bagi pokok Sedingin adalah Crape ginger, malay ginger, spiral flag dan setawar putih kerana ia mengeluarkan bunga yang bewarna putih. Selain dijadikan sebagai tanaman hiasan, pokok ini juga dipercayai sering digunakan dalam perubatan tradisional:-

  • Bagi melawaskan pembuangan air kecil, bengkak, demam kuning dan merawat sakit lutut, minum air rebusan rizom dari pokok Sedingin.

Artikel berkaitan dengan Sedingin

+ http://fazlisyam.com/2010/01/setawar-putih-sedingin/

+ http://atizorian-lestarialam.blogspot.my/2011/06/sedingin.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1