Senduduk Jalar

Senduduk Jalar adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Dimana buahnya berwarna keunguan. Tumbuhan ini mampu tumbuh mencapai ketinggian antara 10 cm hingga 30 cm. Herba ini ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Pokok Senduduk Jalar merupakan jenis yang sama dengan senduduk yang lain seperti senduduk putih dan senduduk bulu.

Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus daunnya yang mempunyai permukaan kasar di bahagian bawahnya apabila disentuh. Manakala daunnya berbentuk ovate, bujur dan tumbuh secara kelompok, disamping daunnya tumbuh secara bertentangan. Tumbuhan ini boleh dibiakkan melalui biji benih namun lazimnya pokok Senduduk Jalar yang dipetik dari hutan digunakan penduduk tempatan sebagai ubat.

Osbeckia dodecandrum.

Osbeckia dodecandrum atau sinonimnya Melastoma dodecandrum merupakan pokok yang tergolong dalam keluarga Melastomataceae. Tumbuhan ini lazimnya dijumpai di Timur Asia seperti China dan Vietnam. Senduduk Jalar juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional sama ada di dalam dan luarnegara. Berikut merupakan antara kegunaan Senduduk Jalar dalam perubatan tradisional:-

  • Merawat sakit lutut dan sakit pinggang dengan minum air yang telah direbus dengan daun Senduduk Jalar.

Artikel berkaitan dengan Senduduk Jalar

+ http://tropical.theferns.info/viewtropical.php?id=Melastoma+dodecandrum

+ http://www.efloras.org/florataxon.aspx?flora_id=2&taxon_id=200014963

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-pokok-senduduk.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1