Serai Acheh

Serai Acheh ialah sejenis rumput berumpun besar, berakar besar, berdaun  wangi ( bau serai ) dan herba yang menjalar. Tepus wangi atau puar kampung merupakan nama lain bagi Serai Acheh boleh tumbuh mencapai sehingga 70 cm tinggi. Manakala batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon yang segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut sama hadir semasa mengupas lemon. Tumbuhan yang berkembang secara rumpun dibiakkan melalui pecahan rizom. Selain itu, Serai Acheh mengeluarkan bunga yang cantik menyerupai bunga orkid berwarna kuning/putih melalui pecahan rizom. Uniknya Serai Acheh ini adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan.

Elettariopsis smithiae.

Serai Acheh atau nama saintifiknya Elettariopsis smithiae berada di dalam keluarga Zingiberaceae. Kebanyakkan tumbuhan Serai Acheh berasal daripada Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antara perubatan tradisional berasaskan Serai Wangi adalah seperti berikut:-

  • Untuk mengubati demam kuning dan sengal-sengal tulang boleh merebus daun Serai Acheh kemudian mandi dengan air rebusan tersebut.
  • Masukkan Serai Acheh ke dalam makanan untuk membuang angin di dalam badan disamping memudahkan proses penghadaman dan mengurangkan kolestrol serta menggalakkan pengeluaran peluh dari badan.

Artikel berkaitan dengan Serai Acheh

+ http://ageasygrow.blogspot.my/2011/01/serai-ache.html

+ http://www.photomazza.com/?Elettariopsis-smithiae&lang=en 

+ http://www.amdi.usm.my/serai-acheh-plantdatabase

+ http://agrobiosolution.blogspot.my/2010/04/serai-aceh-elettariopsis-smithiae.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1