Tapak Itek

Tapak Itek atau dikenali dengan nama saintifiknya Kalanchoe lacinata merupakan  tanaman herba yang renek. Tapak Itek juga dikenali sebagai nama lainnya adalah setawar kampung. Pokok herba ini mempunyai banyak air didalam tisu, tumbuh secara tunggal dan tingginya boleh mencapai 0.75 m. Daunnya pula berukuran, 8-15 cm panjang, terbahagi antara 3-5 bahagian, setiap satu berbentuk mata lembing, setiap bahagian pula mungkin terbahagi lagi dengan bentuk gerigi atau cuping, susunan daun secara bertentangan tetapi daun dipucuk tersusun secara berpusar dan tidak terbahagi. Ia mengeluarkan bunga-bungaan berwarna kuning. Bunga pada jambak terletak dipucuk pokok berbentuk tiub sepanjang 2-2.5 cm lebar. 

Kalanchoe lacinata

Kebiasaannya, Tapak Itek digunakan secara tradisional:-

  • Untuk mengurangkan sakit kepala dengan caranya, merendamkan daun tapak itek didalam air dan didamahkan diatas kepala.
  • Selain itu, ia juga boleh  mengubati penyakit bisul ataupun kudis dengan cara menghancurkan daun dan ditampal keatas tempat yang sakit. Gatal-gatal dan sakit kulit juga boleh diubati dengan cara akar pokok Tapak Itek diasah, daun dihancurkan dan disapukan pada tempat sakit. 
  • Akhir sekali, demam campak adalah diantara penyakit yang sukar diubati, tetapi dengan tapak itek ia boleh diubati dengan cara daun digunakan sebagai pelembap.

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1