Tempuyung

Tempuyung merupakan tanaman liar yang biasanya tumbuh secara di pinggir jalan, kebun, mahupun di pinggir sungai tanpa memerlukan perhatian. Walaupun begitu, tanaman ini juga sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana mempunyai bentuk daun dan bunga yang unik. Daunnya merupakan daun tunggal yang berbentuk lonjong dan meruncing dihujungnya. Tambahan pula ia mempunyai permukaan yang licin dan ditepi daunnya beralun, berombak, bergerigi dan tidak teratur. Pada bahagian pangkal daunnya berwarna hijau selain mempunyai panjang daunnya kira-kira 6 cm hingga 48 cm dan mempunyai lebar sekitar 3 cm hingg 12 cm. Walaupun daun Tempuyung memiliki rasa pahit namun ia bersifat mendinginkan. Ketinggian bagi tanaman Tempuyung adalah di antara 60 cm hingga 150 cm dengan batang yang berlubang dan bergetah hijau.

Bunga Tempuyung berbentuk malai dengan kelopak menyerupai lonceng. Bunganya berwarna kekuningan dan putih dan kelihatan seperti kelompok jarum. Sementara itu, buahnya pula berbentuk kotak dan berusuk lima, dimana permukaan buahnya ditumbuhi bulu hitam yang kemudiannya akan berubah menjadi biji berukuran kecil dan ringan.

Sonchus arvensis L.

Sonchus arvensis L. atau nama tempatannya Tempuyung adalah daripada keluarga Asteraceae. Antara nama lain bagi Tempuyung adalah Jombang, j. lalakina, galibug, lempung, rayana (Sunda), Niu she tou (China), laitron des champs (Perancis) dan Sow thistle (Inggeris)P. Berikut adalah kegunaan perubatan secara tradisional bagi tanaman Tempuyung:-

  • Masalah kencing yang tidak lawas boleh dirawat dengan memanggang daun tempuyung dibara api (sampai sedikit layu) kemudian jadikan daun tempuyung tersebut sebagai ulam dan lauk nasi.
  • Minum air rebusan daun tempuyung yang segar direbus bagi menghilangkan infeksi usus, disentri dan buasir.
  • Bisul boleh dirawat dengan melumatkan batang dan daun tempuyung dan sapu pada bahagian yang terdapat bisul.

Artikel berkaitan dengan Tempuyung

+ http://www.cabi.org/isc/datasheet/50583

+ http://faktaherbal.com/manfaat-daun-tempuyung/

+ http://tanamanobat-herbal.blogspot.my/2015/01/ciri-ciri-umum-tanaman-tempuyung.html

+ https://www.deherba.com/manfaat-daun-tempuyung-untuk-obat-batu-ginjal.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1