Terung Pipit

Terung Pipit merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain. Tumbuhan ini adalah sejenis tumbuhan renek yang boleh tumbuh mencapai 1.5 m tinggi. Ia memiliki daun yang berpasangan, bergaris dan berbentuk bujur dimana terdapat duri pada urat daunnya. Disamping itu, daunnya berbentuk bersegi, berwarna hijau dan sedikit berbulu. Bunganya tumbuh berjambak-jambak di hujung ranting, berwarna putih dan menghasilkan biji-biji muda juga berwarna putih namun apabila tua ia akan menjadi kehitaman. 

Walaupun begitu, ia mempunyai batang berkayu yang liat, disamping terdapat dahan yang banyak dan berduri. Bentuk batangnya membulat dan ditumbuhi duri yang sakit jika tercucuk pada jari tangan. Selain itu, ia juga dapat menghasilkan buah berwarna hijau dengan permukaan pada kulit buah itu licin. Dipercayai pokok Terung Pipit liar disebarkan oleh burung yang memakan buah dan bijinya lalu dilepaskan dilokasi lain untuk ia tumbuh. Burung pipit dipercayai antara spesis burung menggemari buah Terung Pipit yang masak.

Solanum torvum Swartz.

Terung Pipit atau nama saintifiknya Solanum Torvum merupakan sejenis tumbuhan yang mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi banyak fosforus, sedikit zat besi, vitamin A, B1, dan C. Menariknya, ia juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai solasodin dengan kandungan sebanyak 0.84%. Steroid amat penting dalam bidang perubatan, terutamanya untuk menghasilkan pil perancang keluarga. Tumbuhan ini berada didalam famili Solanaceae dan boleh  dikenali sebagai Terung Rembang dan Terung Manggul. Antara kegunaan Terung Pipit dalam perubatan tradisional:-

  • Buah dan daun dimakan sebagai ulam/masak gulai bagi membesarkan buah dada.
  • Kumur jus perahan buah Terung Pipit bagi merawat luka dalam mulut.
  • Bagi yang mempunyai masalah darah tinggi boleh memakan buah sebagai ulam.
  • Rawatan resdung boleh dirawat dengan menyapu pada muka akar yang telah diasah.

Artikel berkaitan dengan Terung Pipit

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-herba-terung-pipit.html

+ http://flora-kampung.blogspot.my/2014/12/terung-pipit-atau-takokak.html

+ http://animhosnan.blogspot.my/2016/08/terung-pipit-ulam-dan-sayur.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1