Zebrina

Zebrina adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dimana ianya sesuai ditanam dikawasan beriklim tropika, subtropika & bukan tropika. Sifat fizikal yang membuatkan tumbuhan ini dikenali adalah ia memiliki daun yang mempunyai susunan secara berselang-seli dan berbentuk bujur telur. Ukuran daunnya secara memanjang adalah diantara 4 cm hingga 10 cm panjang dan 1.5 cm hingga 3 cm lebar. Warna permukaan atas bagi daun ini adalah hijau atau ungu serta berjalur putih manakala permukaan bawahnya pula berwarna ungu. Tumbuhan renek ini mempunyai batang yang berwarna ungu atau hijau yang berbentuk seperti silinder. Ia boleh ditanam dengan keratan ranting yang dipatahkan didalam pasu dan sesuai digantungkan agar rantingnya kelihatan berjuntai.

Zebrina pendula.

Zebrina pendula atau nama saintifiknya yang terkini Tradescantia zebrina merupakan tumbuhan yang tergolong didalam keluarga Commelinaceae. Dipercayai ia merupakan tumbuhan asli daripada kawasan Amerika Tengah seperti Mexico dan Panama, namun begitu ianya telah dibawa ke Malaysia dan kini boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak. Kegunaan bagi pokok Zebrina dalam perubatan tradisional adalah seperti berikut:-

  • Daun perlu ditumbuk lumat kemudian tampal ia pada tempat yang bengkak, sakit kulit, dan tempat yang mengalami lecur terbakar.
  • Manakala bagi masalah batuk berdarah, diabetes, disenteri, pendarahan rahim, penyakit keputihan, selsema & senak perut boleh dirawat dengan meminum air rebusan daun dan ranting.
  • Sakit saraf boleh dirawat dengan merebus daun dan ranting pokok Zebrina kemudian sapukan ia pada kepala dan muka.

Artikel berkaitan dengan Zebrina

+ http://www.plantsrescue.com/tag/zebrina-pendula/

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1