Akar Dani

Kadar pengguna: 0 / 5

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Akar Dani adalah sejenis herba renek yang memanjat. Daunnya bujur memanjang dan meruncing di bahagian hujung serta tumbuh berpasangan di sepanjang batang. Batangnya pula keras dan liat. Menariknya,pokok ini akan tumbuh bercabang jika kerap dicantas dan bunganya mekar pada waktu malam dan mengeluarkan bau yang wangi. Herba ini mampu merawat cirit-birit, membuang cacing di dalam perut dan melegakan sakit kepala.

Quisqualis indica

Selain di Taman Herba Negeri Perak, ia juga boleh didapati di belukar atau hutan sekunder Filipina, India, dan Malaysia, serta juga di banyak kawasan yang lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar. Nama botaninya Quisqualis indica, dengan nama genusnya Quisqualis membawa pengertian "Apakah itu?" dalam bahasa Latin.

Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan. Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah. Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok "Drunken Sailor".

Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional.

  • Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit.
  • Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam.
  • Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1