Laman Refleksologi

Antara keistimewaan lain yang ada pada Taman Herba Negeri Perak ini adalah Laman Refleksologi. Sekiranya anda berhasrat untuk membuat rawatan kesihatan tambahan seperti ingin melancarkan pengaliran darah, meningkatkan daya tahan, menyeimbangkan kedudukan badan dan menguatkan otot kaki, sebaiknya anda berjalan di laluan batu yang dibuat khas di Laman Refleksologi ini.

Laman Refleksologi yang dibina di tebing kolam taman memberikan pengalaman refleksologi yang berbeza kerana anda akan melakukannya sambil menghirup udara yang segar dan nyaman disamping dapat menghayati pemandangan yang indah disekelilingnya. Refleksologi anda bermula apabila anda berjalan di laluan batu refleksologi yang mengelilingi kolam air pancut yang berada tengah-tengah laman tersebut.

Beberapa pokok herba yang ditanam di laman tersebut sudah pasti dapat menenangkan langkah anda namun perlu sentiasa berhati-hati terutamanya kanak-kanak yang memerlukan pengawasan orang dewasa bagi mengelakkan diri terjatuh ke dalam kolam.

 

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1