Belalai Gajah

Daun Belalai Gajah/Sabah Snake Grass atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans ialah sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thai dan China. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila ditiup angin. Tumbuhan ini datang dari keluarga acanthaceae, boleh membiak melalui keratan batang. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis,pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi.

Clinacanthus Nutans (Burm.F.) Lindau

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah ini telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Pokok herba belalai gajah adalah tidak sama dengan herba Hempedu bumi (Snake grass) atau Herba Sambung Nyawa (Gynura procumbens) kerana ianya memang berlainan. Hempedu bumi mempunyai rasa pahit dengan bunga berwarna putih sementara belalai gajah adalah rasa tawar dengan bunga merah muda. Selain boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak, herba ini juga ditanam secara komersial dibeberapa negeri terutama disekitar Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Belalai Gajah merupakan sebahagian warisan budaya Melayu memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional:

  • Kajian mendapati bahawa daun Belalai Gajah tidak mengandungi toksik serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan
  • penghidap kanser perlu memakan daun herba ini sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah
  • teh daun belalai gajah paling banyak dipasaran dimana perlu dimasukkan daun teh kedalam air panas dan minum setiap hari untuk mendapatkah khasiatnya.

Artikel berkaitan Belalai Gajah

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-herba-daun-belalai-gajah.html

+ http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130901/kn_02/Khasiat-daun-belalai-gajah

+ http://animhosnan.blogspot.my/2012/11/belalai-gajah-agronomi.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1