Dukung Anak

Herba ini merupakan salah satu daripada penawar yang baik untuk melegakan sakit badan, membantu tubuh melawan demam sejuk, menghapuskan batu karang dan mampu menyembuhkan penyakit hepatitis dan jaundis (sakit kuning). Dukung Anak adakalanya tumbuh dan hidup di celah-celah pokok berpasu di halaman rumah dan mampu membesar dengan mencapai ketinggian 40 sentimeter. Lebih menarik, herba ini tidak bertoksik dan boleh digunakan bersama dengan herba lain bagi membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh dari serangan penyakit.

Phyllanthus Niruri atau P.amarus

Dukung Anak adalah pokok herba tempatan dan dapat juga ditemui Taman Herba Negeri Perak di serata hutan hujan basah Asia dan Amerika Selatan.Dikenali dengan nama meniran bagi masyarakat Indonesia, tumbuhan ini termasuk dalam keluarga Eurphorbiaceae. Ianya  tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras,seperti di celah retakan simen. Di kebanyakan tempat ia mendatangkan masalah kepada petani kerana selalunya tumbuh di kawasan pertanian dan dianggap rumpai yang sukar dikawal. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak.

Antara kegunaan perubatan Dukung Anak adalah:

  • Buahnya digunakan untuk mengubati luka, kerengsaan, penyakit kudis buta (scabies) dan kurap. 
  • Akarnya pula adalah penawar yang berkesan untuk penyakit kuning (jaundice) terutamanya pada bayi yang baru lahir. 
  • Daun yang telah dilumatkan dan dicampur dengan sedikit garam dapur boleh merawat jangkitan kudis buta(scabies). Jika tidak dicampur garam ia boleh ditampal pada luka dan lebam.
  • Herba ini dipercayai memiliki sifat-sifat unik sebagai bahan antikejang dan pengendur otot khusus bagi saluran kencing dan saluran hempedu yang, mengikut tekaan para penyelidik, memudahkan penyingkiran batu buah pinggang, batu pepundi kencing dan batu hempedu.
  • Paling utama, herba ini tidak toksik dan bila digunakan secara bergandingan dengan herba lain, membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh kita terhadap ketoksikan (keracunan) dan penyakit.

Artikel berkaitan Dukung Anak

http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-pokok-dukung-anak.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Dukung_anak

http://medicinenewbie.blogspot.my/2013/11/dukung-anak.html

http://www.rainforestherbs.com/dukunganak.pdf

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1