Gelenggang Kecil

Gelenggang kecil merupakan tumbuhan perubatan dan juga tumbuhan hiasan rumah. Herba ini turut dikenali di sesetengah tempat sebagai Gelenggang Padang yang merupakan satu spesis dari keluarga tumbuhan Leguminosae. Daun gelenggang kecil ini merupakan tumbuhan ubatan yang mujarab untuk melegakan sakit telinga. Selain itu, herba ini juga boleh melegakan bengkak-bengkak badan, sakit gigi dan ulser atau seriawan mulut.

Cassia Tora

Kini pokok renek yang batangnya sedikit berkayu ini lebih dikenali sebagai rumpai jika dilihat tumbuh di mana-mana kawasan perumahan tidak seperti dahulu. Batang pokoknya berwarna hijau keperangan dan tumbuh dengan ketinggian antara 50-100cm. Daun pinatnya kira-kira 8-12cm panjang dan terdiri daripada 3 pasang anak daun yang berbentuk obovat atau obovat-oblong, berukuran 3-5cm panjang dan 2-3cm lebar. Daunnya juga berwarna hijau muda, yang akan kuncup pada waktu petang dan terbuka pada waktu pagi.Daun pokok ini juga akan menguncup sekiranya disentuh sama sifat seperti rumput semalu. Bunganya keluar berpasangan, berwarna kuning dan mempunyai pendunkel pendek yang tumbuh pada aksil daun di pucuk. Lenggainya berbentuk silinder dan runcing, luaran bersegi, 10-15cm panjang dan 2-3mm lebar, dan banyak mengandungi biji yang kecil berwarna kekuningan. Lenggai ini berwarna hijau dan bertukar kepada perang kehitaman apabila masak.

Dalam perubatan tradisional, Gelenggang Kecil mempunyai pelbagai kegunaan.

  • Bagi mengurangkan sakit telinga, Gelenggang Kecil digoreng dan kemudian bijinya ditumbuk sehingga halus hingga mengeluarkan minyak sebelum ia disapu atau dititikkan ke dalam telinga.
  • Cara yang sama juga dilakukan bagi mengubati sakit gigi
  • Bagi mengurangkan suhu badan terutama ketika demam, air rebusan daun itu dilapkan ke seluruh badan
  • Untuk merawat sakit gout, bengkak-bengkak, terseliuh dan sakit kaki, daun gelenggang kecil perlu dipanaskan atau dilayur sebelum dituam ke bahagian berkenaan.

Artikel berkaitan dengan Gelenggang kecil

+ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

+ http://fancyflora.blogspot.my/2012/01/gelenggang-kecil-senna-tora.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1