Mahkota Dewa

Tanaman atau pohon herba Mahkota Dewa seringkali ditanam sebagai tanaman peneduh dan boleh mengubati banyak penyakit berat. Bahagian kulit dan isi buah berkhasiat untuk mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat. Daun dan bijinya berkhasiat mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzema & gatal-gatal. Manakala buahnya pula berkhasiat sebagai antitumor, antidisentri, antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik dan antibodi. Tanaman ini digunakan sebagai tanaman hiasan, namun kini menjadi tanaman ubat yang sangat terkenal. Mahkota Dewa mempunyai batang berkayu, tegak, berwarna coklat, dan ketinggian kira-kira 1-2.5 meter. 

Daunnya tunggal, bertangkai pendek, tersusun berhadapan (folia oposita), berwarna hijau tua, dan panjangnya lebih kurang 7 - 10 cm, lebar 2-2.5 cm, helaian daun tipis, hujung dan pangkal runcing, tepi rata, pertulangan menyirip (pinnate), permukaan licin, muncul di sepanjang batang, bertangkai pendek, mahkota berbentuk tabung (tubulosus). Selain itu, bunga Mahkota Dewa berwarna putih dan berbau harum. Bunga tersebut bersaiz kecil menyerupai bunga cengkih. Buah dan biji Mahkota Dewa terdiri daripada kulit, isi dan biji.

Phaleria Macrocarpa

Phaleria Macrocarpa bermakna Mahkota tuhan, sejenis tumbuhan dari keluarga Thymelaeaceae. Nama diberikan kepada buah ini kerana dikatakan ia diturunkan dari langit, hasil dari doa- munajat hambanya dari tuhan kepada manusia. Mahkota Tuhan merupakan tumbuhan asli dari kepulauan Papua (Irian Jaya) terletak di timur jauh kepulauan Indonesia, daerah Maprik. Menurut penduduk bandar daerah tersebut pokok Mahkota Dewa hanya sebagai hiasan halaman rumah dan buahnya beracun ketika ditanya manafaat mahkota dewa. Keseluruhan bahagian dari tumbuhan, biji, buah, daun dan ranting kesemuanya mengandungi ciri-ciri perubatan. Mahkota Dewa boleh digunakan sebagai dadah tunggal atau sebagai campuran bersama herba-herba lain untuk menguatkan kesannya dan untuk meneutralkan racun. Walaupun Mahkota dewa rasanya agak manis, adalah perlu diingatkan bahawa ia tidak boleh dimakan begitu sahaja atau sebelum pemprosesan dijadikan sebagai ubatan. Ia merupakan tumbuhan beracun yang boleh membawa maut.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa cara tertentu untuk menjadikan ia selamat untuk digunakan sebagai perubatan tradisional.

  • Buah hijau belum matang serta buah masak merah boleh diracik dan dikeringkan dibawah matahari. Ambil satu sudu (tidak lebih) isi yang dah diracik dan dikeringkan lalu campurkan kedalam segelas air panas mendidih untuk dijadikan minuman rendaman. Adalah dipercayai bahawa isi buah Mahkota Dewa mengandungi sebatian anti-oksida untuk melawan kanser.
  • Buah mahkota dewa dihiris dan dicuci hingga bersih serta direbus dalam 5 gelas air, dibiar sehingga air menjadi 3 gelas. Airnya rebusan yang ditapis diminum 3 kali sehari (masing-masing gelas) untuk merawat penyakit Diabetes Mellitus.
  • Kaedah meminum air rebusan dari campuran 5 gram isi buah mahkota dewa kering dengan 15 gram temu putih, 10 gram hempedu bumi kering dan 15 gram cakar ayam kering dikatakan dapat merawat penyakit kanser dan Tumor.

Artikel berkaitan dengan Mahkota Dewa

+ http://www.khasiatherba.com/herba/khasiat-pokok-mahkota-dewa.html

+ http://herbadantumbuhan.blogspot.my/2012/12/khasiat-mahkota-dewa.html

+ http://buahmahkotadewa2u.blogspot.my/2013/01/khasiat-buah-mahkota-dewa.html

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1