Temu Lawak

Temu lawak memiliki batang semu, yang tingginya lebih dari 1 meter dan tidak melebihi daripada 2 meter. Bunganya berwarna kuning tua, berupa unik serta bergerombol iaitu berbunga lateral. Kelopak bunganya berwarna putih berbulu, panjangnya sekitar 8mm-13mm, beraroma tajam yang menyengat serta berasa pahit. Temu lawak ini sangatlah bermanfaat untuk kesihatan, khususnya dalam merawat tubuh badan yang berpenyakit seperti asma, sakit kepala atau migrain, , sakit perut, sembelit, sakit pinggang, sakit organ-organ dalaman seperti ginjal dan limfa, menghilangkan bau hamis badan dan lain-lain lagi.

Curcuma Zanthorrhiza

Selain boleh didapati di Taman Herba Ngeri Perak, herba ini biasanya terdapat di kawasan berlukar yang tidak terlalu tebal. Tumbuhan ini membiak melalu pecahan rizom dan sukakan tempat yang agak lembab dan mempunyai pendedahan terus kepada cahaya matahari. Temu lawak banyak digunakan dalam perusahan kosmetik hari ini kerana ia dikatakan dapat menjadi agen pencegah penuaan dan menjadi penawar masalah sakit puan bagi wanita.

Dalam perubatan tradisional, Temu Lawak digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan.

  • Dengan mengambil 3-9 g rizomnya yang segar (kering 1-5 g) dan direbus seketika supaya minyak sarinya tidak hilang dan rizomnya dimakan setiap kali sebelum makan, ianya dikatakan dapat menjadi ubat pada kanser pangkal rahim dan mengembalikan kecergasan tubuh badan
  • Bagi meredakan penyakit Asma, 1.5 rimpang temu lawak dicuci, dikupas dan diiris, rebus dengan 5 gelas air bersama sedikit gula aren sampai airnya tinggal setengah. Larutan ini untuk diminum 3 kali sehari.
  • Ianya dikatakan dapat menghilangkan bisul. Caranya, 5 iris temu lawak yang sudah dikupas, rebus dengan 2 gelas air bersama sedikit gula aren, angkat dari tempat pemanas, kemudian masukkan seibu jari asam jawa. Setelah agak dingin, saring, diminum sekaligus.
  • Dikatakan dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Kaedahnya, 1 rimpang temu lawak yang sudah dikeringkan, ditumbuk sampai halus lalu direndam dengan air. Setelah agak sejuk ianya ditapis  kemudian diminum.

Artikel berkaitan dengan Temu Lawak

+ http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=53&cat=HERBA

+ http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-temu-lawak.html

+ https://id.wikipedia.org/wiki/Temu_lawak

Hubungi Kami

Taman Herba Negeri Perak
Batu 1, Jalan Simpang Pulai,
Batu Gajah, Kg. Kepayang,
31300 Gopeng, Perak, MALAYSIA

info[a]tamanherbaperak.com
+60 5-357 2290

Jabatan Pertanian Perak

 

URL:
www.pertanianperak.gov.my/

UA-75944612-1